Friday, 5 September 2014

WASIAT Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim

Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah

memancing dikolam uncle wong kali ke 2




setelah mendapat ikan besar kali pertama saya dan kawan-kawan sekali lagi mencuba nasib di kolam uncle wong,semalaman kita orang tunggu ikan membaham umpan sampai ada yang tertidur.Setelah pagi tiba masa untuk kita orang bersarapan dan itu perkara yang mudah sahaja kerana kolam uncle wong ini terdapat kemudahan kantin 24 jam dan tukang masaknya orang Melayu Islam,sebelum sarapan saya pun memasang umpan dan terus memesan makanan apabila sarapan yg dipesan telah sampai ada orang menjerit"abang umpan telah mengena"lalu saya pun apalagi terus berlari mendapatkan pancing boleh tahan jugak la ikan bawa lari saya pun melayan ikan tersebut dlm keadaan tenang serta berdebar bila dah dekat barulah nampak kelibat ikan tersebut oh rupanya rohu walaupun saiznya tidaklah sebesar mana tapi tarikannya agak agresif jugak

memancing dikolam uncle wong


inilah pertama kali saya belajar memancing ikan besar,memancing tu memang la pernah tapi belum pernah memancing menggunakan mesin&rod.saya begitu teruja apabila baru belajar memancing terus dapat ikan besar.saya pergi ke kolam ni dgn brother mus&shuib tq kpd brother mus yg menjinak-jinakkan saya dgn kegiatan memancing dan terus terjebak hingga sekarang

bersama Abjad Selangor


Telah menyertai Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia pada tahun 1994 dan masih aktif sehingga kini.Saya tertarik utk menyertai silat Abjad ini adalah kerana ianya satu jenis silat yg lain drpd yg lain.Abjad bukan hanya  menumpukan seni mempertahankan diri sahaja tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dari segi aqidah,syariat,akhlak,pengorbanan diri dan harta.Abjad juga merupakan wadah perjuangan &dakwah utk mengembalikan manusia kejalan yg benar dari kesesatan dunia persilatan,dunia perbomohan dukun pawang dan sebagainya.kini abjad mengorak langkah dgn lebih maju dgn mengadakan kerjasama bersama jabatan2 Agama dan Jakim utk menerangkan kpd masyarakat betapa bahayanya  perbuatan yg menjurus kpd syirik aqidah syariat dan akhlak

menyambung pengajian dipondok pasir tumboh kelantan

setelah menamatkan pengajian dipondok sg bakap dgn memperolehi shahadah 4 thanawi,hati masih belum puas untuk menuntut ilmu demi ilmu agama usia bukan lagi halangan pada waktu ini pondok yg saya pilih utk menyambung pengajian ialah pondok pasir tumboh kota bharu kelantan,pondok ini diasaskan oleh dua orang adik beradik yaitu Almarhum ALAlim AL Allamah Tuan Guru Hj Abd Aziz dan Tuan Guru HJ Mustofa kedua-duanya mendapat pendidikan diMekah AlMukarramah.
Pondok pasir tomboh merupakan sebuah pondok atau pusat pengajian yang banyak melahirkan ulamak-ulamak dan cendikiawan Islam di Malaysia ia juga merupakan pondok yg terkenal dirantau asia tenggara sebab itulah ramai pelajar-pelajarnya datang dari dalam dan luar negara seperti Brunai,Indonesia,Kemboja dan Thailand .setelah kedua-dua Tuan guru kembali kerahmatullah tugas menghidupkan pondok disambung oleh adik iparnya yaitu AlAlim Alallamah Tuan Guru Hj Hashim Abu Bakar.pengajian dipondok pasir tumboh ini banyak menekankan ilmu yg berkaitan dgn feqah,tauhid dan tasauf disamping ilmu-ilmu alat yang lain.didalam pondok sendiri banyak guru-guru dan ustaz yg bermastautin yg menghabiskan umur mereka untuk berkhidmat kpd pondok yg mendedahkan mereka kpd ilmu agama yg tidak boleh  dinilai dengan wang ringgit dan segala-galanya.Antara kitab-kitab yg diajarkan disini ialah iqnaq,mahalli,tafsir jalalain,sohih bukhori,sunan abi daud,yasin faqihi,syarah ibnu aqil dan lain-lain lagi.semoga pondok ini akan terus  kekal sebagai pondok untuk mereka-mereka yang dahagakan ilmu akhirat,amat besar jasa dan pengorbanan tenaga pengajar pondok ini kepada umat Islam sejagat

SERUAN KPD BUKAN ISLAM"MASUKLAH ISLAM SELAMAT DUNIA AKHIRAT"

Dengan ini saya menyeru kepda wargenegara Malaysia yang terdiri dari mereka yang beragama BUKAN Islam agar memeluk dan masuk kedalam agama Islam kerana itu satu kewajipan dan kewajipan juga kepada umat Islam di Malaysia beramal dengan Islam dengan ikhlas

Wahai penduduk Malaysia
Yang beragama Kristian
Yang beragama Hindu
Yang beragama Buddha
Yang beragama apa-apa sahaja selain Islam saya menyeru dengan tegas supaya anda semua memeluk agama Islam dan KEKAL di dalamnya selama-lamanya.

Cara masuk Islam amat mudah sahaja (rujuk bawah). Yang penting mesti kekal dalam agama Islam ini selama-lamanya sampai mati dan tidak melakukan, mempercayai dan menuturkan perkataan yang boleh membatalkan Islam secara jelas.


CARA MASUK ISLAM

Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu
 :

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris
 :

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau kewww.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar juga mengenali Allah dan RasulNya dan mempercayai bahawa Allah yang disembah tidak sama dengan makhluk atau manusia dan yakin bahawa Allah ada/wujud tidak memerlukan kepada tempat,langit atau aras kerana Allah Maha Berkuasa. Hindari ajaran yang merosakkan kebaikan nama agama murni ini seperti ajaran sesat Wahhabi, Syiah, Hizb Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka selepas itu bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada) dan tuntutlah ilmu Islam dari usta/ustazah yang arif dan jangan mengikut ajaran sesat seperti AyahPin bin Pon atau Syiah atau agama Wahabi kerana sesungguhnya mereka bahaya.

KAEDAH SEMBELIHAN CARA ISLAM

KAEDAH SEMBELIHAN CARA ISLAM YANG PALING BAIK 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Islam adalah agama rahmat-kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Perhatikanlah bagaimana peraturan Islam dalam penyembelihan binatang ternakan. Cara penyembelihan Islam juga adalah sangat baik untuk kesihatan.
TUNTUTAN mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting bagi setiap Muslim. Ini kerana ia adalah perintah daripada Allah melalui rasul-Nya. Pemakanan halal adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.
Pengetahuan tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan.
Tambahan lagi, konsep sembelihan dalam Islam atau ‘zabiha’ juga perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam dan perlahan, berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.
Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan.  . Penyembelihan harus menggunakan objek tajam. Kaedah ini untuk meminimumkan kesakitan haiwan ketika disembelih.

Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).
Penyembelihan harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya. Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).
Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.
Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.
Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu.Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.
Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.
Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing. 

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?". 

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya". 

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu: 

1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. 

Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat". 

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :
250)

TEMUDUGA TERBUKA

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

semua orang nak cakap pasal agama

baru-baru ni ada artis masuk tv dan mengeluarkan kenyataan "hadiahkan fatihah kepada simati tidak sampai pahala fatihahnya"dan seorang lagi mempertikaikan tentang tabarruk dengan rambut nabi.dengan dua kenyataan tersebut saya tertarik untuk melontarkan pendapat mengikut kefahaman saya.susahlah kalau semua orang nk bercakap pasal agama dan semua nk dipanggil dengan gelaran ustat dan ustazah sedangkan yang kita tahu untuk menjadi ustat atau ustazah ni kena ada beberapa disiplin ilmu yang perlu dituruti paling kurang pun mempunyai shahadah sanawiyah tak salah untuk berdakwah sebab agama islam adalah untuk semua orang kalau nak berdakwah biarlah perkara tersebut perkara basic dan tidak membuat masyarakat menjadi keliru.seandainya ada masalah khilaf serahkanlah kepada mereka yang lebih arif untuk membahasnya.
               berkaitan hadiah fatihah itu sampai atau tidak jawapannya sampai kerana mengikut pendapat Sheikh Al Malbari dalam kitanya ianatut tolibin jilid 1 m/s 24" harus bagi seseorang untuk meniat amalan kebajikan untuk Allah sampaikan kepada orang yang diniatkan itu".Dan satu lagi ada hadis nabi yang bermaksud mayat itu disiksa didalam qubur apabila nak cucunya meratap-meratat dengan sebab kematiannya.meratap itu adalah perkara yang tidak baik pun sampai kepada simati apatah lagi kalau kita melakukan perkara yang baik untuk simati,seandainya perkara tidak baik sampai kepada simati tetapi perkara baik tidak maka zalimlah Allah dalam hal ini tetapi maha suci Allah daripada bersifat Zalim.berkaitan dengan ambil tabarruk dengan anggota tubuh badan Nabi itu juga diharuskan mengikut pendapat ASWJ sebab kita perlu faham tabarruk dengan makna taqarrub dan tabarruk dengan makna taabbud.kita bertabarruk hanyalah unuk menghampirkan diri kepada Allah bukan lah kita menyembah dengan sesuatu yang kita kita buat tabarruk itulah perbezaan kita orang Islam dengan orang kafir kerana orang kafir itu mereka mengambil sesuatu untuk disembah
              saya juga menyarankan kepada semu stesen tv perlu mengambil berat masalah ini kerana mengundang perpecahan dikalangan umat.Diharapkan selepas sesiapa yang nak djemput untuk bercakap soal agama di tv seseorang itu perlu ada tuliah daripada jabatan agama negeri masing-masing.